Isnin, 24 Disember 2012

Borang BKK

As salam. Pada sesiapa yang nak borang khairat kematian MJH sila safe gambar diatas ini dan print.

Sabtu, 22 Disember 2012

KULIAH SUBUH

22-Dis: Kuliah suboh disampaikan oleh Ust. Halem Hapiz bertajuk "caci terhadap orang Islam yang boleh dan yang tak boleh". Ust.Halem sedang menyampaikan kuliah. Antara jemaah yang hadir kuliah subuh. Antara jemaah yang termuda....hemmm terlalu kusyuk nampak tu... Takpe yang penting dia bangun pagi untuk hadir dimasjid

KULIAH UMUM

22-DISEMBER -2012 Selepas solat mahgrib MASJID JAMIUL HASANIAH JLN KAPAR KLANG PENCERAMAH: UST.HJ NIK RADZI B HJ NIK MAT SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Rabu, 19 Disember 2012

Kelebihan memiliki anak perempuan

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN... Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari) Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi) ~~ Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t. Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,? menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar. Sebarkan . Share to others :)

Selasa, 18 Disember 2012

Hukum ziarah orang sakit

As salam.....,Hari ini saya ingin berkongsi artikel yang bagus berkenaan topik ziarah orang yg sakit, persoalan dan sedikit ilmu berkaitan , pemahaman tentang pahala dan amal soleh.Hadis yang selalu dibacakan seperti dibawah ini kerap kita mendengar khususnya dari mereka yang berlatar belakangkan pengajian agama.Nabi SAW telah bersabda;“Tidaklah seorang Islam itu menziarahi seorang Islam yang lain pada waktu pagi, melainkan berselawat (berdoa) ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke petang, dan tidak dia menziarahinya pada waktu malam, melainkan berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke pagi, dan baginya buah-buahan yang dipetik di Syurga.” ( Riwayat Tirmizi dan Hadis ini bertaraf hassan kata beliau.Islam menggalakkan umatnya menziarahi orang sakit, hukumnya adalah sunat muakkad (yang dituntut). Hal ini bermakna mereka yang menziarahi orang sakit akan mendapat PAHALA. Ini berdasarkan hadis di atas yang mana 70,000 Malaikat mendoakan ke atas mereka yang melawat orang sakit. Satu persoalan yang ada dalam fikiran... Apakah mereka yang melawat orang sakit akan mendapat pahala "hanya" untuknya sahaja?. Bagi mereka yang membuat polisi, merancang, membina Hospital, Klinik 1Malaysia, memberi gaji Pegawai Perubatan, menyediakan ubat-ubatan dan sebagainya.. apakah pekerja yang beragama Islam tidak mendapat PAHALA?Sewaktu masa dahulu... ada seorang Pak Cik apabila ditanya.. apakah pekerjaan yang akan dapat pahala jika dilakukannya. Jawapan yang diberikannya ialah Tok Imam, Tok Bilal & Tok Siak. Cara berfikir sebegini dengan menyempitkan kefahaman Islam khususnya dalam menakrifkan amalan SOLEH sudah tidak relevan. Amal Soleh bukan hanya mengaji al-Quran, Zikir dan Solat atau menjadi Imam, Kadi dan sebagainya tetapi lebih daripada itu. Dalam al-Quran sana ada menyebutkan.Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".(al-Anbiya' 105)Fokusnya pada ayat itu ialah bumi ini akan ditadbir urus oleh orang yang soleh. Persoalan..Orang yang tidak pandai mengurus, tidak ada jiwa negarawan, tidak ada integriti, tidak bermoral, kepentingan diri melebihi perkhidmatan, tidak ada wawasan...Apakah boleh diwarisi bumi ini kepadanya lebih-lebih lagi mewarisi pemerintahan di bumi Malaysia?. Hal ini perlu dikaji oleh orang bijak pandai agama....

Sekadar renungan

KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..) Assalamualaikum, Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup. Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t. Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah. Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan. ** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam

WAKAF PEMBINAAN MASJID JAMIUL HASANIAH KLANG

AS SALAM. Wakaf pembinaan masjid jamiul hasaniah telah dilancarkan pada tahun 2010. Kutipan masih diteruskan dalam usaha menambahbaikkan masjid lebih luas dan selesa. Setakat ini jumlah kutipan diangagarkan adalah 500 ribu berjaya dikutip dari penduduk dan sumbangan individu.Semoga kutipan terus meningkat dan menjadikannya realiti. Sila sebarkan.

Isnin, 17 Disember 2012

BIRO khairat kematian Masjid BKK

As salam. Saya ingin merakam tahniah kepada semua ajk bkk masjid yang telah berjaya menjalankan tugasan mengutip yuran keahlian 2012. Sebanyak 91% kutipan berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 54%. Antara faktor yang menyumbang peningkatan ini ialah melalui kemaskini keahlian dan fokus kepada kutipan ahli serta kemasukkan ahli baru. Terima kasih juga kepada khariah kampong batu 3 yang memberi kepercayaan terus kepada BIRO BKK menjaga kebajikan dalam urusan kematian. Insyallah kami akan memperkemaskinikan lagi maklumat -maklumat ahli.
Ini adalah contoh pembaharuan yang diketengahkan oleh Pegawai & AJK masjid iaitu menyolatkan jenazah dimasjid. Kelihatan peserta bengkel pengurusan jenazah turut sama menyolatkan jenazah. Allahyarhamah adalah ahli BKK. -Al-Fatihah.

Kursus Jenazah

Kursus ini telah dijalankan dimasjid jamiul hasaniah jalan kapar klang
Pada 16hb Dis 2012. Seramai 50 perserta mengikutinya.