Ahad, 19 Januari 2014

TAZKIRAH SOLAT JEMAAH

Hukum solat fardu secara berjamaah:Mazhab Syafi’i : Wajib Fardu Kifayah bagi lelaki yang mukallaf, bermukim, merdeka dan tidak uzur solat secara berjamaah di masjid.Ulama mazhab Syafi’i berselisih pendapat dalam masalah mendirikan solat berjamaah di selain masjid, apakah menggugurkan fardu kifayahnya atau tidak? Mereka berbeda pendapat ke dalam dua pendapat:Pertama, tidak cukup mendirikannya di selain masjid untuk menegakkan perbuatan yang fardu.Kedua, cukup jika tempatnya ramai, seperti solat berjamaah di pasar misalnya. Mazhab Hambali: Wajib Fardu Ain bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid. Mazhab Hanafi dan Maliki:  Sunat mu'akkad bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid. Wallahu a'lam.

Jumaat, 17 Januari 2014

Kuliah Bulanan

KULIAH BULANAN UTZ MOHD ROMZI B DT ISHAK D MSJID JMIUL HSANIAH BT 3-Tarikh:19-Jan.14-Ahad mlm Isnin-Selepas Solat Magrib-Tajuk:Keluarga Sakinah.Semua d jemput hadir brsama kluarga. Ceramah Maulidul Rasul Surau Hj Maasom Jln Bakti-16-Jan-2014

kini muncul semula...

As salam. Bertemu kembali setelag sekian lama saya menyepi. Bukannya apa...saya kesibukkan dengan Urusan kerja yang lain. Insya Allah saya akan berkongsi dengan anda mengenai perkembangan Terkini. Insya Allah.